Friday, January 09, 2009

Jadilah Rakyat yang bersyukur?


Pagi tadi semasa menghantar anak kerumah neneknya, ternampak satu sepanduk yang begitu menyayat hati. Beginilah pemikiran orang umno, dan mereka masih tidak sedar betapa rakyat sudah semakin bijak dan tidak mudah diomok-omokkan dengan penyataan yang kebudak-budakkan ini.

Kepada umno cawangan Bukit Badak, pastikan anda melantik ketua cawangan yang lebih intelektual.

Beginilah ianya berbunyi:

Kerajaan persekutuan TIDAK menurunkan harga petrol dan diesel kerana mereka prihatin. Penurunan harga crude oil berlaku di peringkat pasaran antarabangsa. Mustahil kerajaan dengan senang hati akan menurunkan harga minyak mentah sekiranya harga pasaran dunia tidak turun.

Kami tetap bersyukur, bukan pada kerajaan barisan nasional, tetapi pada Maha Pencipta!

No comments:

Post a Comment